Acting iz not my passion

Salam..

aku membelek-belek post lama zaman matrik lepastu ada ternampak nota kaki kat post dissect cengkerik (bapak rajin aku buat pos ni siap gambar and details)..anyway, nota kaki tu cakap pasal aku suruh minkot (my TESL friend) gantikan tempat aku berlakon. hahaha

aku student batch terakhir PDT matrik. bukan yg mcm sekarang ni PDT direct 4 semester. bukannn. aku batch PDT modul lama so kitorang ada banyak experiences yang unexpected yang bebudak PDT sekarang tak rasa. dulu time matrik kelas paling tak suka kelas english sebab kelas english ni macam-macam assignment dah mcm budak TESL pulak. tapi bila dikenangkan, ianya memori yang bagus la sebab kelas tu byk involved soft skills and idea development lagi-lagi bg budak macam aku yg neuron jenis lambat berkembang. dalam kelas tu jugak apa yang kita nak inginkan nak jadi semua boleh. dari pembaca berita, penulis buku, story teller, sampai lah berlakon. EVERYTHING.paling kesian teacher english aku laa sebab budak biologi ni tak se kreatif budak physics. dorang superb sangat idea and berlakon pun sungguh-sungguh. kitorang budak biologi malu-malu kucing. HAHA!

sebenarnye aku nak cakap yang aku tak minat langsung berlakon even as a pokok sekalipun. tapi tu lah, benda yang kita paling tak suka tu laaaa yang kita akan dapat. dari aku sekolah kot.aku punya degil taknak tu smpai kena pilih nak berdiri luar kelas or berlakon as person yang xdek dialog pun sbnrnye. and guess what? I chose berdiri luar kelas. hahaha. how stubborn that little girl. tetiba kat matrik kelas english PDT was full with assignments yang tak tercapai dek akal. bayangkan berlakon fairytale. GILLAAA! banyak lagi assignment yang memerlukan perwatakan tapi yang berlakon ni paling dasyat la bagi aku sebab aku tak retiii!. tapi nak taknak kena jugak buat sebab assignment. 

dipendekkan cerita, kitorang pilih fairytale Snow White dengan jalan cerita yang diubah sedikit bagi kesesuaian. takkan prince nak kene cium snow white betol-betol pulak dak? 

with Faiqa, d-day 

pelakon-pelakon berbakat besar tapi yg pegang bantal tu bukan team aku

pagi tu nak tangkap gambar lepastu semorang nerves so dpt la 2 keping gegar-gegar ni jek. bila dah habis berlakon memasing malu terus balik, xdek  jugak gambar. hahahah... dahla during those days kitorang bukan zaman teknologi canggih so gambar dah la paling besar time tu 2MP je kire besar sgt dh  tu. tinggal la 2 keping gmbar ni je. tu pun jenuh aku recover. 

okayyy. video pun memang dah selamatttt tak dapat recover T_T........

cerite snow white ni kitorang kekalkan jalan cerita tapi involved kan semua jenis princess dlm fairytale masuk dalam cerita ni lepastu tukar ending. watak aku? rahsia. hahahah. tolonglaa sesiapa jgn mention kat sini. aku pun dh ingat-ingat lupa dah. nak dikenang video pun takdak. 


soooo, aku ingatkan kareer berlakon aku setakat itu sajalah. no more acting. lepastu masuk unisza student first year kene wajib buat persembahan time dinner. aku malas nak amek port sebab taknak naik stage dah. kalau dah namanya persembahan apa je choice yang ada dan yang pasti semuanye kene naik atas stage. pastu aku tengok bebudak kelas aku rileks semacam jer so aku pun terpaksa ambil action dgn bg skrip lakonan snow white tu T_T dan diolah menjadi pantomim sebab budak kelas ramai sangattt.... tapi oleh kerana tu skrip aku makanya aku jadi stage manager tak payah naik pentas berlakon! huhuhuhuuu.... the best escape moment in my life. 

happy ending snow white n her prince sambil disaksikan 7 dwarves. huhu

suara latar.kesian gmbar blur sebab photographer muka profesional artwork hancus.hahah

the ending. stage manager tak sempat lompat naik sekali

backstage dengan the 7 dwarves yg sama tggi dgn princess.hahahah

dengan snow white tdung kuning and other princess characters

scene mak tiri jumpa ahli sihir. dorang kata part ni je best. kau ingat Qis tu tak segan jadi bomoh? 


dan sebenarnye kareer ni tidak berakhir disini.... kelas english masa first year banyak juga kene berlakon. aku tak paham whats with english and acting?? 


antara kelas lakonan yg bagi impak aku ingat smpai sekrg. dua-dua jadi beggar.lawak tak hengat dua orang ni

yang ni pun bg impak. scene anak lelaki mintak teddy bear kat bapak dia
yang ni aku tak ingat

yang penting part aku berlakon tak dek gambar or recording sebab zaman ni tak pakai fon canggih lagi memasing. aku tak ingat aku berlakon dgn siapa tapi aku ingat part aku kene jadi katak. dassaarrr betol. deal nak katak bunyik sekali jek bile dh smpai depan boleh pulak suruh aku bunyi ongg banyak kali. cisss. boleh pulak aku lupa siapa team mate aku...


anyway, those days dah berlalu and right now I actually enjoy doing those things. after dah berlalu laa baru enjoy, masa kejadian segan tak hengattt. acting is not my passion, bukan tu jaa, I ekceli hate it tapi aku selalu dapat. dats why org kata kalau tak suka jangan lebih-lebih nanti mendapat. macam berlakon ni T_T. #missingtheolddays



0 pipel pipel:

© PASTEL, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena