another sweet memory with PAKMNS

Assalamualaikum, peace be upon you.

satu perkara yang aku nak share kpd semua terutama kepada ex-KMNsian yang belum ataupun sudah menjadi ahli rasmi PAKMNS yang tak pernah join lagi aktiviti PAKMNS sebab apa yang aku join apa yang aku buat dengan alumni KMNS ni memang best memang syok memang terkenang-kenang sampai bila-bila memang boleh jadik kenangan paling best dalam ingatan .

At first, aku join aktiviti PAKMNS ni time 2012, kem bina insan jugak tapi di Felda Tenggaroh. Time tu ramai jugaklah senior-senior PAKMNS yang join. Aku join sebab cuti,baru habis matrik, xde keje, bosan giler so bile nampak iklan derang, aku pun decide la nak join sebab aku dah daftar jadi ahli masa kat matrik dulu. Join sebab nak isi masa lapang.


So,kali kedua aku jumpa derang suma time Homecoming KMNS 2013. Time ni dptlah jumpa yang baru dan yang lama. walaupun kira mcm baru kali kedua berjumpa dengan alumni yg dah pernah jumpa sebelum ni, tapi rase mcm dah kenal lama. Tapi yang penting derang suma memg best.

KBI 2014 di Endau ni adalah aktiviti ketiga derang yang aku join. Kalau dulu aku join prior to isi masa lapang, tp sekarang aku join prior to ukhwah sesama kami. bila ada program diiklankan di page PAKMNS xsabar je nak join terus tarik kalendar tarik planner semua nak tengok cuti. nak join program sebab .... nak jumpa ..... Rindu .... nak hilangkan stress ..... 

kalau ada video camera memg aku dah rakamkan doploh pat jam kehidupan kitorg bersama selama 3hari 2malam tu. memg penuh gelak ketawa bahan membahan usik mengusik yg buat kitorg lupa kejap yang kitorg ni baru sampai baru jumpa.

ok, bagi gambor sebijik


kenapa aku rasa orang yang senyum nampak gigi tu mcm terpaksaaaa jerrr


haaa, nampak gambor di tuu...ini gambor malam persembahan pakai baju raya. KBI raya lah kateekannn...selain kitorg ni suka berprogram bersama, kitorg suka bergambor juga. tapi yang palinggg penting, kitorg suka gambor ala-ala candid gitu ha.


aku rasa ni gambor formal tapi kenapa si kuning tu tutup muka?



haa, camni. ini candid

selain candid satu tempat, candid terabur dan mengejar camera juga ada tapi tu lah, lame sangat tggu gambor tak muncul-muncul. tangan aku dah gatal sangat nak tekan publish tapi gambor rasmi tak muncul-muncul, terpakselah, ape yg hado ajee...

pantang laa henfon diangkat semua menyerbu dengan duckface. eh

ada banyak lagi gambor aku rase nak share tapi kemain aku kann, nak tunjuk semua buat ape. punyalah semangat aku nk tnjuk yang join program ni memang best. in the future, kitorg memerlukan ramai lagi penyertaan dari alumni untuk menjayakan program PAKMNS ni, so be alert dengan iklan di page PAKMNS. 

semua aktiviti kitorg iklankan di page official PAKMNS, kitorg tak simpan sendiri, tak rekrut kawan-kawan rapat je, kitorang perlukan ramai penyertaan sebab tu kitorg iklankan . cumanya, korang perlu lebih alert dengan iklan tersebut. kitorg jadi alert sebab kitorg pernah join dan program macam ni memang di tunggu-tunggu. 

aku tak boleh nak cite lebih la sebab PAKMNS ada official blog so, dorang akan update pasal program ni lebih lanjut. aku cuma nak share keseronokan yang kitorg kongsi sepanjang program. tu je. supaya korang rase nak join program kitorang ni. ok? kalau kata tak best, takkan ada muka yang sama setiap kali program. ye dak? 

belanje selfie sebijik



p/s : ada banyak laaaagi gambor tapi photographer x uplod lg so bagi saspens tgok yg seronok sikit2 aje. hewhewhew 

p/s/s: tak sabo den nak tggu tahun depan. mudahan jadik . aaaammmiiinnnnnnn.



0 pipel pipel:

© PASTEL, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena